Malaysia sering dikunjungi oleh pelancong
dari luar negara.Hal ini kerana Malaysia amat terkenal dengan warisan budaya.
Malaysia pernah dijajah oleh beberapa kuasa luar, misalnya British dan Belanda.
Jajahan kuasa-kuasa asing ini menyebabkan budaya di Malaysia lebih unik.
Tempat-tempat dan bangunan tinggalan sejarah banyak menyumbang kepada sektor pelancongan di negara kita,
Malaysia. Antara destinasi yang terkenal di Malaysia ialah Melaka, Pulau
Pinang, Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron.
CAMERON
HIGHLANDS
Cameron
Highlands merupakan antara pusat peranginan terkenal di Malaysia. Ia terletak
di negeri Pahang, di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa,yang berada pada 1524
meter dari aras laut. Ia menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan asing
kerana cuacanya yang dingin, tempat-tempat yang menarik dan ladang-ladang teh
yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 1929. Selain itu, ladang
sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan menjadi tarikan utama. Tempat
berkhemah dan laluan pendaki juga disediakan bagi pelancong yang gemar mendaki
dan berkhemah. Aktiviti tersebut amat sesuai untuk mengisi masa cuti anda.

Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali
sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang
diniagakan secara sah di Malaysia. Genting Highlands Resort dibina oleh Tan Sri
Lim Goh Tong Kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting. Kawasan percutian ini
juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting,
termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana
Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118
bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini.

Menurut cerita legenda, pulau ini
merupakan tempat tinggal puteri naga dongengan. Perairan yang suam dan jarak
penglihatan yang tinggi di bawah laut menjadikan Pulau Tioman destinasi popular
di kalangan penyelam. Saksikan pemandangan yang mengagumkan termasuk karang
lembut Gorgonian, karang Staghorn, 'nudibranch' dan pelbagai bentuk hidupan
laut yang indah. Penyelam berpeluang berenang di sisiikan Napoleon Wrasse yang
besar, ikan Golden Striped Trevally, Bumphead Parrotfish dan kumpulan ikan
Fusiliers.

Dari Johor Bahru, gunakan Lebuhraya
Tebrau dan pandu menuju ke Mersing menerusi Kota Tinggi. Dari Kuala Lumpur,
gunakan Lebuhraya Karak menerusi Temerloh, Kuantan, Pekan, Kuala Rompin,Tanjung
Gemuk ke Mersing. Anda juga boleh menggunakan Lebuhraya PLUS dari Kuala Lumpur
menerusi Seremban, Bahau, Muadzam Shah, Kuala Rompin, Tanjung Gemuk ke Mersing.
Taman Mini Malaysia terletak
beberapa kilometer di pinggir bandar Melaka berdekatan pekan Ayer Keroh.
Sekiranya anda berminat dengan senibina dan cara hidup tradisional, inilah
tempat yang paling sesuai untuk anda terokai. Setiap buah rumah di sini
mewakilkan salah satu gaya senibina dari 13 buah negeri di Malaysia dan 12 buah
rumah ASEAN yang dihiasi dengan pelbagai barangan, hasil seni dan kraftangan yang
menggambarkan budaya di setiap negeri tersebut.
Untuk menjimatkan wang dan masa,
anda disarankan melawat taman ini di dalam perjalanan menuju ke bandaraya
Melaka atau sewaktu pulang. Ambil susur keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan di
persimpangan Ayer Keroh. Pandu terus hingga anda melihat papan tanda Taman Mini
Malaysia & Mini ASEAN.Taman Mini Malaysia & Mini ASEAN ini juga
menawarkan kemudahan penginapan calet yang berkonsepkan senibina dari pelbagai
negara dengan kadar harga yang berpatutan.
Perkarangan kubu itu pada masa
dahulu mengandungi rumah, tempat menyimpan makanan, istana dan tempat mesyuarat
bagi Majlis Portugis dan wakil lima buah gereja.

Bangunan yang menggambarkan contoh
terbaik senibina Belanda di zaman itu kini mengandungi Muzium Sejarah dan
Muzium Etnografi. Terdapat pameran pakaian pengantin tradisional serta bahan
peninggalan sejarah Melaka 400 tahun yang lalu. Kedua-dua muzium ini diatur
dengan baik dan memaparkan penerangan terperinci mengenai cara bagaimana
pakaian-pakaian dan bahan-bahan peninggalan ini memainkan peranan di zaman
dahulu.
Lautan di sini berubah menjadi
bergelombang dan suram ketika musim hujan di pantai timur (November - Mac).
Oleh itu, anda disarankan merancang percutian anda ke sini di luar musim hujan.
Dari pusat bandar Johor Bahru, gunakan jalan raya Johor Bahru - Kota Tinggi dan
sambung perjalanan menerusi jalan raya Kota Tinggi - Mersing (Lebuhraya 3).
Dari Lebuhraya Utara-Selatan, ambil jalan susur keluar Ayer Hitam (Persimpangan
244) dan teruskan perjalanan menuju Kluang, seterusnya ikut jalan raya Kluang -
Jemaluang (Lebuhraya 50). Selepas pekan Jemaluang, masuk ke jalan raya Kota
Tinggi - Mersing, menghala ke Mersing. Perhatikan papan-papan tanda yang akan
menunjukkan arah ke Jeti Mersing.

Di sini terdapat sebatang laluan
hutan dan jalan tidak berturap yang menghala ke puncak gunung. Jika anda
mendaki ke puncak, anda akan menemui air terjun yang segar tetapi anda
disarankan mengatur supaya ada orang lain menanti anda di puncak. Dari
Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar terletak 25 km selepas Air Keroh. Hala
menuju ke Tangkak. Terus memandu sepanjang Jalanraya 23 sejauh 6 km lagi,
melewati pekan Sagil, sebelum belok ke kanan memasuki jalan ladang kelapa sawit
dan terus memandu sejauh 1 km lagi. Dari sini, jalan untuk sampai ke kaki
Gunung Ledang atau Mount Ophir, boleh kelihatan.

Nama Langkawi ialah kombinasi
antara "Lang" dan "Kawi" diambil daripada perkataan Bahasa
Melayu iaitu helang . Pada suatu masa dahulu , ia menjadi tempat tinggal kepada
sejumlah burung helang kawi . Kawi bererti merah hati , ini kerana helang
mempunyai bulu merah dan berkepala putih . Kawi juga bererti tulisan Kawi ,
tulisan yang digunakan oleh tradisi hindu jawa .

Taman Laut terlindung yang tidak
diduduki manusia ini merangkumi beberapa buah pulau termasuk pulau yang
terbesar - Pulau Payar. Tapak lawatan anda di sini merupakan sebuah platform
yang didirikan tidak jauh dari Pulau Payar. Tetapi tarikan sebenar terselindung
di dalam perairan sekelilingnya. Masuk ke dalam ruang pemerhatian bawah laut
yang terdapat di sini untuk melihat keindahan hidupan laut di sekitar kawasan
terumbu karang. Ingin melihat ikan-ikan yang menjadikan terumbu karang ini
tempat tinggal mereka dengan lebih dekat lagi? Kenakan kelengkapan snorkel dan
terjun ke laut untuk melihat sendiri.

Sewaktu musim penghijrahan burung
antara bulan Ogos dan April setiap tahun, terdapat lebih dari 200,000 ekor
burung dari kira-kira 50 spesis dijangka singgah di sini. Pusat maklumat
pelawat yang lengkap disediakan di sini bagi membolehkan pelawat memahami
kepentingan memelihara dan menjaga ekosistem hutan paya bakau dan burung-burung
yang tinggal atau pun yang singgah di sini menerusi program pembelajaran dan
bahan pameran yang disediakan.
Walaupun kawasan perlindungan
burung in terletak di Negeri Perak, sebenarnya ia lebih mudah dikunjungi dari
Butterworth (di Pulau Pinang). Pandu di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan
menuju selatan dari Butterworth (di Pulau Pinang) selama kira-kira 30 minit,
kemudian susur keluar di Jawi menghala ke pekan Kuala Kurau. Pandu terus selama
30 minit lagi dan anda akan jumpa papan-papan tanda yang menunjukkan arah ke
Kuala Gula.

Pantai Bisikan Bayu - yang juga
dikenali dengan nama Pantai Dalam Rhu - terletak hanya 50 km ke selatan
ibunegeri Kelantan, iaitu Kota Bharu. Angin lembut bertiup di sepanjang pantai
yang dipenuhi deretan pepohon Rhu di Kampung Semarak menyebabkan pepohon ini
bergerisik seolah-olah bisikan yang menenteramkan.

Kumpul sendiri telur dari reban
ayam, belajar menoreh getah, nikmati air yang sejuk nyaman ketika mandi di
sungai sebelum cuba memancing ikan atau menbuat kuih tradisional.

Nama tempat ini dipercayai berasal
dari kehadiran sekumpulan gajah di kawasan ini - perkataan 'gading' itu merujuk
kepada gading gajah. Tarikan utama di Jeram Gading ialah air terjunnya yang
mengalir menerusi pokok-pokok dan bongkah batu telah menghasilkan fenomena
indah di kaki air terjun sebelum mengalir ketakungan air yang tenang.

Iklim sejuk, ladang
strawberi dan teh serta bangunan gaya Tudor di stesen peranginan tanah tinggi
terbesar di Malaysia pasti menawan hati pelancong. Terdapat pelbagai aktiviti
untuk anda nikmati di Tanah Tinggi Cameron, pusat peranginan tanah tinggi yang
terbesar di Malaysia.
Bersiar-siar melalui
perkampungan yang menarik, melawat taman rama-rama, ladang lebah dan strawberi
serta ladang teh yang terhampar luas atau nikmati makanan lazat yang
dihidangkan di restoran gaya Tudor - semua aktiviti yang menyeronokkan dan
menenangkan tersedia di sini untuk anda.

Cuaca nyaman di sini memang
tidak dapat ditandingi. Luangkan beberapa hari di sini, jauh dari kehangatan
cuaca di tanah rendah dan anda pasti kembali segar untuk percutian anda
seterusnya. Salah satu aktiviti popular di Tanah Tinggi Cameron atau Cameron
Highlands ialah menikmati hidangan air teh dan biskut 'scone'.
Tradisi asli Inggeris
ini bermula di zaman penjajahan British apabila para pegawai Inggeris
menggunakan lokasi di tanah tinggi ini sebagai tempat berehat yang jauh dari
kehangatan cuaca di tanah rendah. Aktiviti memerhati burung dan menyusuri trek
di hutan juga amat popular di kalangan pelawat di sini..
Anda boleh tiba di
Tanah Tinggi Cameron kurang dari sejam perjalanan melalui Lebuhraya
Utara-Selatan atau kira-kira 3 1/2 jam perjalanan sekiranya anda memandu dari Kuala
Lumpur.
GENTING HIGHLANDS
Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali
sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang
diniagakan secara sah di Malaysia. Genting Highlands Resort dibina oleh Tan Sri
Lim Goh Tong Kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting. Kawasan percutian ini
juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting,
termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana
Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118
bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini.
Pada waktu petang,
persembahan-persembahan hebat diadakan di Pavilion atau Pentas Pertunjukan
Antarabangsa Genting, sama ada pertunjukan silap mata yang mengelirukan atau
pun persembahan luncur ais yang hebat. Pelawat juga boleh pergi membeli-belah
di First World Plaza, melawat taman tema, dan menikmati pelbagai jenis makanan
yang disediakan di restoran-restoran yang terdapat di sini.
Taman tema tertutup dan
kompleks membeli-belah First World Plaza menyediakan pelbagai jenis permainan
serta enam kawasan bertema yang berasaskan ibukota dan tempat terkenal di
seluruh dunia - Perancis (Champs Elysees), England (London), Itali (Venice),
Amerika (Times Square dan Universal Walk), Switzerland (Banjaran Swiss) dan
Malaysia (Genting Walk).
Snow World pula
merupakan sebuah rumah kabin kayu, sebuah igloo, permainan luncur ais dan
kawasan permainan yang bersalji. Kawasan Snow World memang sejuk, oleh itu,
jangan lupa memakai pakaian yang tebal. Kanak-kanak pasti sukakan Kolam Air
Hutan Hujan, walaupun keadaan cuaca di sini agak sejuk, air di dalam kolam ini
sentiasa hangat.

Antara tarikan lain
yang terdapat di sini termasuk Genting Sky Venture, satu-satunya alat kemudahan
yang memberikan pengalaman berpayung terjun yang terdapat di Asia, dan Genting
X-pedition Wall, sebuah tembok pendakian bertaraf antarabangsa setinggi 15
meter dengan tebing terjuntai sepanjang 6 meter. Lain-lain tarikan di sini
termasuk kemudahan bermain bowling, arked video, pawagam cineplex dan
macam-macam permainan lain yang pasti menyeronokkan. Salah satu tarikan utama
di sini ialah kasino yang merupakan satu-satunya kasino di Malaysia.
Pelawat disarankan
membuat tempahan bilik hotel terlebih dahulu jika ingin bermalam di Genting
Highlands kerana ianya adalah sebuah destinasi hujung minggu yang sangat
popular. Anda boleh sampai di Genting Highlands di dalam masa lebih-kurang 45
minit sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur menerusi Lebuhraya Karak.
PULAU TIOMAN
Pulau Tioman merupakan
destinasi percutian yang paling mempesona di Laut China Selatan, terletak
kira-kira 56km dari pantai negeri Pahang. Tersohor sebagai salah sebuah
destinasi percutian pulau yang terhebat di dunia, Pulau Tioman pernah menjadi
lokasi penggambaran filem muzikal Hollywood, 'South Pacific' pada tahun 1959.

Menurut cerita legenda, pulau ini
merupakan tempat tinggal puteri naga dongengan. Perairan yang suam dan jarak
penglihatan yang tinggi di bawah laut menjadikan Pulau Tioman destinasi popular
di kalangan penyelam. Saksikan pemandangan yang mengagumkan termasuk karang
lembut Gorgonian, karang Staghorn, 'nudibranch' dan pelbagai bentuk hidupan
laut yang indah. Penyelam berpeluang berenang di sisiikan Napoleon Wrasse yang
besar, ikan Golden Striped Trevally, Bumphead Parrotfish dan kumpulan ikan
Fusiliers.
Terdapat beberapa buah
perkampungan di sepanjang pantai di sekeliling pulau ini, antaranya Kampung
Salang, Tekek, Genting, Paya dan Juara. Setiap kampung menawarkan suasana yang
berbeza dan unik. Kawasan pedalaman Pulau Tioman yang berhutan juga menjadi
tempat tinggal pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan kecil termasuk rama-rama,
mengkarung, rusa dan monyet.

Tumbuhan dan haiwan
liar yang terdapat di Pulau Tioman juga pernah dipaparkan di dalam dokumentari
National Geographic. Formasi batu granit yang membentuk pulau ini menjadikannya
lokasi yang hebat untuk aktiviti memanjat batu. Bagi mereka yang lebih berani,
boleh mencuba memanjat tebing Gunung Nenek Semukut (juga bergelar Dragon's
Horns). Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort menawarkan tempat
penginapan yang mewah, berlatarbelakangkan pemandangan bukit-bukau yang
beralun.

Jika anda gemar
berjalan kaki, anda perlu mencuba laluan merentas pulau yang bermula dari
Kampung Tekek di sebelah barat hingga ke Kampung Juara di sebelah Timur.
Perjalanan ini boleh disempurnakan dengan mudah dan menawarkan pemandangan
pantai serta hutan di kedua-dua belah Pulau Tioman.
Dari Johor Bahru, gunakan Lebuhraya
Tebrau dan pandu menuju ke Mersing menerusi Kota Tinggi. Dari Kuala Lumpur,
gunakan Lebuhraya Karak menerusi Temerloh, Kuantan, Pekan, Kuala Rompin,Tanjung
Gemuk ke Mersing. Anda juga boleh menggunakan Lebuhraya PLUS dari Kuala Lumpur
menerusi Seremban, Bahau, Muadzam Shah, Kuala Rompin, Tanjung Gemuk ke Mersing.
MELAKA
TAMAN MINI MALAYSIA
Taman Mini Malaysia terletak
beberapa kilometer di pinggir bandar Melaka berdekatan pekan Ayer Keroh.
Sekiranya anda berminat dengan senibina dan cara hidup tradisional, inilah
tempat yang paling sesuai untuk anda terokai. Setiap buah rumah di sini
mewakilkan salah satu gaya senibina dari 13 buah negeri di Malaysia dan 12 buah
rumah ASEAN yang dihiasi dengan pelbagai barangan, hasil seni dan kraftangan yang
menggambarkan budaya di setiap negeri tersebut.
Di dalam setiap buah
rumah di sini, anda akan dapat melihat pelbagai seni kraftangan tulen yang
berasal dari negeri atau daerah berkenaan. Rumah-rumah tradisional yang dibina
dengan tiang kayu ini turut mempamerkan patung yang memakai baju Melayu
tradisional gaya khusus bagi negeri berkenaan. Lain-lain tarikan di taman ini
termasuk pertunjukan kebudayaan dan permainan tradisional yang diadakan pada
setiap minggu. Taman ini juga menawarkan kemudahan untuk pakej seminar dan
mesyuarat dengan harga yang berpatutan. Selain itu, kemudahan calet dan
dormitori dengan kemudahan kolam renang juga disediakan untuk keselesaan
pelancong. Aktiviti kerja berpasukan dan bengkel tarian asas juga boleh
diadakan di sini.
Secara ringkas, taman
ini memberi peluang kepada pelawat untuk melihat kesemua senibina dan warisan
Malaysia dalam satu lawatan sahaja. Taman ini juga adalah tempat yang sesuai
untuk berehat yang jauh dari kesibukan bandaraya.
Untuk menjimatkan wang dan masa,
anda disarankan melawat taman ini di dalam perjalanan menuju ke bandaraya
Melaka atau sewaktu pulang. Ambil susur keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan di
persimpangan Ayer Keroh. Pandu terus hingga anda melihat papan tanda Taman Mini
Malaysia & Mini ASEAN.Taman Mini Malaysia & Mini ASEAN ini juga
menawarkan kemudahan penginapan calet yang berkonsepkan senibina dari pelbagai
negara dengan kadar harga yang berpatutan.
BUKIT ST.PAUL
Pihak Portugis telah
menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. Perkara pertama yang mereka
lakukan ialah membina sebuah kubu berhampiran sungai yang dinamakan A'Famosa.
Kubu A'Famosa memainkan
peranan yang amat penting bagi pihak Portugis bagi mengekalkan kuasa mereka di
Timur Jauh ketika itu kerana Melaka adalah pusat perbalahan antara kuasa-kuasa
besar dan sering diancam serangan.
Perkarangan kubu itu pada masa
dahulu mengandungi rumah, tempat menyimpan makanan, istana dan tempat mesyuarat
bagi Majlis Portugis dan wakil lima buah gereja.
Serangan pihak Belanda
yang berterusan selama tujuh bulan lamanya hampir memusnahkan keseluruhan kubu
tersebut di mana hanya gerbang pintu masuk dan bangunan gereja di atas bukit
sahaja yang tinggal.
Pergilah berjalan-jalan
mendaki Bukit St. Paul selepas pukul 3 petang ketika cuaca lebih nyaman dan
bersiar-siar di bawah pokok-pokok besar dan melihat peninggalan sejarah yang
dapat dilihat hingga hari ini. Dapat anda bayangkan kegemilangan dan
penderitaan yang melanda pihak Portugis di sini pada suatu waktu dahulu.

Tidak menjadi kesukaran
kepada anda untuk datang ke Bukit St. Paul dari tempat penginapan kerana ianya
terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Melaka menawarkan pelbagai pilihan
tempat penginapan samada asrama pengembara yang ringkas atau hotel mewah
bertaraf 5-bintang.
THE STADHUYS
Bangunan Stadhuys yang
di bina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan para
pegawainya merupakan contoh terbaik gaya senibina Belanda ketika itu. Ianya
dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di rantau Timur.
Bangunan yang menggambarkan contoh
terbaik senibina Belanda di zaman itu kini mengandungi Muzium Sejarah dan
Muzium Etnografi. Terdapat pameran pakaian pengantin tradisional serta bahan
peninggalan sejarah Melaka 400 tahun yang lalu. Kedua-dua muzium ini diatur
dengan baik dan memaparkan penerangan terperinci mengenai cara bagaimana
pakaian-pakaian dan bahan-bahan peninggalan ini memainkan peranan di zaman
dahulu.
Di dataran berhadapan
dengan bangunan Stadhuys seringkali kelihatan penarik-penarik beca tua yang
peramah yang sedang menunggu pelanggan dengan beca mereka yang dihias cantik.
Anda berpeluang mengambil gambar bersama-sama beca mereka dengan sedikit
bayaran. Stadhuys ditutup setiap hari Isnin. Stadhuys terletak di tengah-tengah
bandar lama Melaka. Jika anda berada di Jalan Kota, anda tentu terjumpa
bangunan besar yang berwarna merah ini.Melaka menawarkan pilihan berbagai-bagai
jenis tempat penginapan dari asrama pengembara yang ringkas hingga hotel mewah
bertaraf 5-bintang.
JOHOR
PULAU RAWA
Pulau Rawa yang
terletak 16 km dari pantai Mersing terkenal dengan pasirnya yang putih bersih,
pepohon kelapa yang tinggi melampai dan terumbu karang yang penuh dengan ikan
beraneka warna serta hidupan laut yang lain. Pulau yang aman hanya mempunyai
dua pilihan tempat tinggal. Calet kayu yang terselindung di antara pepohon
kelapa mengekalkan suasana semulajadi di sini dan menyerlahkan lagi jolokan
pulau ini sebagai destinasi percutian yang aman dan mempesona.
Lautan di sini berubah menjadi
bergelombang dan suram ketika musim hujan di pantai timur (November - Mac).
Oleh itu, anda disarankan merancang percutian anda ke sini di luar musim hujan.
Dari pusat bandar Johor Bahru, gunakan jalan raya Johor Bahru - Kota Tinggi dan
sambung perjalanan menerusi jalan raya Kota Tinggi - Mersing (Lebuhraya 3).
Dari Lebuhraya Utara-Selatan, ambil jalan susur keluar Ayer Hitam (Persimpangan
244) dan teruskan perjalanan menuju Kluang, seterusnya ikut jalan raya Kluang -
Jemaluang (Lebuhraya 50). Selepas pekan Jemaluang, masuk ke jalan raya Kota
Tinggi - Mersing, menghala ke Mersing. Perhatikan papan-papan tanda yang akan
menunjukkan arah ke Jeti Mersing.
Rawa Safaris' mempunyai
63 buah calet dan banglo serta sebuah restoran dan pub. Le Club Rawa mempunyai
pantai persendirian dan beberapa buah calet yang terlindung di pinggir hutan
berhadapan laut yang membiru.
TAMAN NEGARA TANJUNG
PIAI
Tanjung Piai merupakan
kawasan semulajadi yang dilindungi di mana bumi, laut, tumbuhan dan haiwan
wujud dalam harmoni, tanpa gangguan manusia. Taman ini menjadi tempat kediaman
pelbagai jenis spesis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam
nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam. Terletak 90 km ke selatan pusat
bandar Johor Bahru, Tanjung Piai juga merupakan Taman Negara yang membolehkan
para pelawat memerhati hidupan liar di paya bakau di dalam habitat semula
jadinya.
Bayaran masuk adalah
RM3.00 bagi warga Malaysia dan RM5.00 bagi pelancong asing. Bayaran masuk boleh
dibayar di kompleks pelawat Tanjung Piai. Laluan-laluan khas telah dibina
melalui
hutan paya bakau ini
agar pelawat boleh menikmati pemandangan paya bakau dengan selesa. Taman yang
aman tenteram ini juga telah menjadi salah sebuah destinasi perkhemahan yang
popular sejak beberapa tahun yang lalu. Taman ini terletak di hujung benua Asia
yang paling ke selatan.

Dari Kuala Lumpur,
masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) menuju selatan ke Machap. Ambil susur
keluar Simpang Renggam (Persimpangan 247) ke lebuhraya yang menghala ke Tanjung
Piai menerusi Benut-Pontian-Kukup (Lebuhraya 96, Lebuhraya 5, Lebuhraya 95).
Sampai sahaja di Kukup, ikut arahan papan tanda yang menunjukkan jalan ke
Tanjung Piai.

Taman ini telah mejadi
sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun lalu. Tetapi,
jika anda tidak gemar berkhemah, anda boleh melawat Tanjung Piai tanpa perlu
bermalam di sini. Anda boleh memilih untuk bermalam di salah sebuah hotel atau
tempat penginapan lain yang lebih selesa di bandar Johor Bahru.
GUNUNG LEDANG
Diselubungi legenda
misteri dan cerita dongeng, Gunung Ledang terus menarik minat penduduk tempatan
dan para pelancong. Menurut legenda Puteri Gunung Ledang, Sultan Melaka ketika
itu berkenan untuk mengahwini Puteri tersebut tetapi oleh kerana Puteri tidak
mahu berkahwin dengan Sultan, dia telah meminta Sultan menyediakan hantaran
yang sukar disediakan iaitu tujuh balang airmata dara, tujuh dulang hati
nyamuk, dan tujuh mangkuk darah anak Sultan itu sendiri.
Apabila Sultan tidak
dapat menyediakan hantaran tersebut, Puteri tersebut melarikan diri ke Gunung
Ledang. Ada yang mempercayai Puteri tersebut masih hidup hingga ke hari ini dan
tinggal di sebuah gua di gunung ini. Gunung Ledang amat sesuai sebagai
destinasi aktiviti luar dengan jejak hutan yang mencabar, air terjun yang
jernih dan nyaman, serta tumbuhan dan haiwan yang eksotik termasuk pelbagai
spesis unggas yang menarik.
Dari kawasan puncak
gunung yang terletak di ketinggian 1,276 m dari paras laut dan mempunyai
permukaan yang agak mendatar, pelancong boleh menikmati pemandangan Selat Melaka
hingga ke pantai Sumatera sekiranya cuaca cerah. Air Terjun Sagil yang terletak
di kaki gunung ini juga merupakan tempat berkelah yang popular.
Di sini terdapat sebatang laluan
hutan dan jalan tidak berturap yang menghala ke puncak gunung. Jika anda
mendaki ke puncak, anda akan menemui air terjun yang segar tetapi anda
disarankan mengatur supaya ada orang lain menanti anda di puncak. Dari
Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar terletak 25 km selepas Air Keroh. Hala
menuju ke Tangkak. Terus memandu sepanjang Jalanraya 23 sejauh 6 km lagi,
melewati pekan Sagil, sebelum belok ke kanan memasuki jalan ladang kelapa sawit
dan terus memandu sejauh 1 km lagi. Dari sini, jalan untuk sampai ke kaki
Gunung Ledang atau Mount Ophir, boleh kelihatan.
Terdapat sebuah resort
yang menarik di kaki Gunung Ledang, begitu juga tempat penginapan yang murah di
pekan Tangkak yang tidak jauh dari sini. Anda juga boleh berkhemah di tapak
perkhemahan yang terdapat di sini.
KEDAH
PULAU LANGKAWI
Langkawi merupakan
salah satu daerah dalam negeri Kedah Darul Aman . Pulau Langkawi diberi status
bebas cukai pada tahun 1987 . Kini , pulau yang kaya dengan keindahan semula
jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai satu daripada
destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia . Langkawi sebenarnya
merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar .

Nama Langkawi ialah kombinasi
antara "Lang" dan "Kawi" diambil daripada perkataan Bahasa
Melayu iaitu helang . Pada suatu masa dahulu , ia menjadi tempat tinggal kepada
sejumlah burung helang kawi . Kawi bererti merah hati , ini kerana helang
mempunyai bulu merah dan berkepala putih . Kawi juga bererti tulisan Kawi ,
tulisan yang digunakan oleh tradisi hindu jawa .
"Kawi" dalam
bahasa sanskrit ialah guli , yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian
Malaysia . Apabila kedua-dua perkataan digabungkan , ia membentuk perkataan
"Helangkawi" yang kemudiannya menjadi "Langkawi" .
Langkawi terletak di
utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia
dengan Thailand . Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao
. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Kuah .
Langkawi adalah gugusan
99 buah pulau yang terletak di luar pesisiran pantai Kedah. Ia sebuah pulau
legenda yang penuh misteri, selain pusat pelancongan bertaraf antarabangsa
dunia. Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga
Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik
Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir. Anda boleh melawat Padang Beras
Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga
lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.
Jika anda seorang yang gemar cabaran yang lasak, anda boleh juga menjelajah
kawasan hutan di Langkawi, menaiki bot mengelilingi kawasan paya bakau,
menyelam, atau bermain golf di pusat peranginan bertaraf lima bintang di pulau
ini.

Perkhidmatan feri
bertolak dari pelabuhan Kuala Kedah setiap satu jam mulai pukul 7.00 pagi
hingga pukul 6.00 petang. Perjalanan ini memakan masa 1 1/2 jam. Terdapat juga
perkhidmatan feri dari pelabuhan Kuala Perlis dan pelabuhan Satun di Thailand.
Kedua-dua perjalanan feri ini memakan masa hanya 45 minit ke Langkawi manakala
Kedua-dua syarikat penerbangan, MAS dan Air Asia menyediakan penerbangan terus
dua kali sehari dari Kuala Lumpur ke Langkawi yang mendarat di Lapangan Terbang
Langkawi.
PULAU PAYAR
Taburan pulau-pulau
kecil yang membentuk Pulau Payar terletak hanya 30 km ke tenggara Pulau
Langkawi. Taman Laut terhebat di pantai barat Semenanjung ini boleh dikunjungi
dengan bot dalam tempoh satu jam sahaja menjadikannya destinasi yang sesuai
untuk lawatan sehari.
Taman Laut terlindung yang tidak
diduduki manusia ini merangkumi beberapa buah pulau termasuk pulau yang
terbesar - Pulau Payar. Tapak lawatan anda di sini merupakan sebuah platform
yang didirikan tidak jauh dari Pulau Payar. Tetapi tarikan sebenar terselindung
di dalam perairan sekelilingnya. Masuk ke dalam ruang pemerhatian bawah laut
yang terdapat di sini untuk melihat keindahan hidupan laut di sekitar kawasan
terumbu karang. Ingin melihat ikan-ikan yang menjadikan terumbu karang ini
tempat tinggal mereka dengan lebih dekat lagi? Kenakan kelengkapan snorkel dan
terjun ke laut untuk melihat sendiri.
Anda gemar menyelam?
Tapak selaman terhebat terletak di sepanjang jalinan terumbu karang yang
memagari bahagian selatan, timur dan barat Pulau Payar. Pastikan anda tanya
pengendali selaman anda mengenai jarak penglihatan yang dijangka ketika selaman
anda. Jarak ini berubah dari masa ke semasa.
Pulau Payar tidak
mempunyai sebarang kemudahan penginapan memandangkan ianya sebuah kawasan
semulajadi yang dilindungi, tetapi ini tidak menjadi masalah kerana Pulau
Langkawi terletak tidak jauh dari sini dan menawarkan pelbagai pilihan tempat
tinggal dan restoran.
TREE TOP WALK SUNGAI
SEDIM
Tree Top Walk sepanjang
950 meter di Taman Rekreasi Sungai Sedim ini merupakan titian terpanjang di
dunia. Pelancong dari dalam dan luar negara datang ke destinasi semulajadi yang
sunyi dari hiruk pikuk kota untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang
terdapat di sepanjang titian kanopi ini. Pelancong berpeluang melihat
pemandangan hutan hujan yang tua ini dari perspektif yang amat berlainan ketika
menyusuri Tree Top Walk ini. Pelancong boleh melihat pemandangan sungai yang
mengalir deras dan jenis-jenis tumbuhan dan hidupan liar yang sungguh menawan -
kesemuanya dari ketinggian 50 m dari tanah.

Pakai kasut yang selesa
untuk berjalan jauh dan bawa air minuman yang banyak serta sedikit makanan
ringan kerana anda perlu merentas hutan menerusi sebatang jalan untuk sampai ke
Tree Top Walk ini. Tambahan lagi, sebaik sahaja anda menaiki titian ini, tiada
tempat untuk anda membeli minuman.
Dari Kuala Lumpur,
gunakan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan ambil susur keluar di Seberang Jaya,
menuju ke Lebuhraya Butterworth-Kulim (NKE) dan pandu terus menuju ke Mahang.
PERAK
KUALA SEPETANG
Hutan Paya Bakau Matang
merupakan eko-sistem hutan paya bakau yang paling besar di Semenanjung
Malaysia. Hutan ini meliputi kawasan sepanjang 50 km bahagian pantai barat di
utara negeri Perak dan 40 km lagi di sepanjang pinggiran sistem sungai-sungai
di dalam lima kawasan muara yang terlindung.
Sewaktu musim penghijrahan burung
antara bulan Ogos dan April setiap tahun, terdapat lebih dari 200,000 ekor
burung dari kira-kira 50 spesis dijangka singgah di sini. Pusat maklumat
pelawat yang lengkap disediakan di sini bagi membolehkan pelawat memahami
kepentingan memelihara dan menjaga ekosistem hutan paya bakau dan burung-burung
yang tinggal atau pun yang singgah di sini menerusi program pembelajaran dan
bahan pameran yang disediakan.
Taman Perlindungan
Burung Kuala Gula pernah memenangi anugerah 'Tarikan Pelancong Terbaik (Tarikan
Semulajadi) sewaktu majlis Anugerah Pelancongan Malaysia - sebuah majlis
gemilang yang menyampaikan anugerah-anugerah kepada agensi dan pertubuhan yang
menyumbang kepada pembangunan pelancongan di Malaysia. Masa terbaik untuk
memerhati burung di sini ialah dari bulan September hingga Mac.
Walaupun kawasan perlindungan
burung in terletak di Negeri Perak, sebenarnya ia lebih mudah dikunjungi dari
Butterworth (di Pulau Pinang). Pandu di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan
menuju selatan dari Butterworth (di Pulau Pinang) selama kira-kira 30 minit,
kemudian susur keluar di Jawi menghala ke pekan Kuala Kurau. Pandu terus selama
30 minit lagi dan anda akan jumpa papan-papan tanda yang menunjukkan arah ke
Kuala Gula.
PULAU PANGKOR

Pulau Pangkor terletak
di negeri Perak , di perairan Selat Melaka . Luasnya cuma 22oo hektar dan
penduduknya berjumlah 25ooo orang . Pulau Pangkor merupakan salah satu
destinasi pelancongan utama di Malaysia . Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu
melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut. Terdapat perkhidmatan
bas ekspres KL-Lumut-KL sepanjang hari. Dari Lumut anda akan menaiki feri ke
Jeti Pangkor.

Jika anda berkunjung ke
Pulau Pangkor, anda akan berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana hasil laut
diproses dan anda boleh membeli barang-barang tersebut dengan harga yang
istimewa. Terdapat pelbagai jenis penginapan disediakan di dua pantai
perkelahan utama Pulau Pangkor iaitu Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah.
Pasir Bogak menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet manakala Teluk Nipah
menawarkan beratus-ratus chalet yang bercirikan seni bina Melayu eksotik.
Pakej-pakej yang ditawarkan termasuk pakej percutian (individu, pasangan,
keluarga & kumpulan).

Terdapat pelbagai
kemudahan di pulau ini supaya percutian anda tidak terganggu. Seperti
bank-bank, pejabat pos, hospital, restaurant makanan laut, internet &
banyak lagi kemudahan-kemudahan yang lain. Untuk memudahkan anda bergerak
kemana-mana anda boleh menaiki teksi (van merah jambu) atau menyewa kereta
& motosikal. Pantai Pasir Bogak, Pangkor Island / Pulau Pangkor menyediakan
penginapan hotel dan apartmen yang lengkap dengan kemudahan seperti restoran,
dan kolam renang. Pantai ini merupakan pantai perkelahan yang amat popular di
kalangan para pelancong dalam negeri. Pantainya panjang dan dilindungi pepohon
rendang, amat sesuai melakukan aktiviti sukan pantai atau hanya untuk bersantai
dan mandi laut.
KELANTAN
PANTAI BISIKAN BAYU
Pantai Bisikan Bayu - yang juga
dikenali dengan nama Pantai Dalam Rhu - terletak hanya 50 km ke selatan
ibunegeri Kelantan, iaitu Kota Bharu. Angin lembut bertiup di sepanjang pantai
yang dipenuhi deretan pepohon Rhu di Kampung Semarak menyebabkan pepohon ini
bergerisik seolah-olah bisikan yang menenteramkan.
Aktiviti meluncur papan
air sesuai dijalankan pada masa-masa tertentu dan peluncur papan air boleh
menemui keadaan laut dan cuaca yang sesuai sewaktu musim hujan di sini dari
bulan November hingga April. Tetapi tiada apa yang lebih menenangkan dari
bersantai di tepi pantai di bawah bayang pepohon Rhu yang bergerisik menikmati
pemandangan laut dan air kelapa muda yang segar. Nyaman sungguh.
Pantai yang indah ini
sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong di sepanjang tahun,
tetapi anda perlu berhati-hati sewaktu musim hujan kerana arus laut semakin
bergelora dan ombak semakin tinggi pada waktu ini. Pandu sejauh 50 km di
sepanjang lebuhraya negeri di selatan Kota Bahru hingga anda tiba ke pekan
Pasir Putih yang mendapat namanya dari warna pasir yang putih di sini. Pantai
Bisikan Bayu terletak tidak jauh dari pekan ini.
PASAR BESAR SITI
KHADIJAH

Cara bijak untuk
meneliti kehidupan di sebuah bandar di Malaysia ialah dengan melawat pasar
tempatannya yang menjadi nadi kehidupan setiap bandar. Pasar Siti Khadijah
dinamakan sempena isteri pertama Nabi Muhammad yang merupakan seorang ahli
perniagaan. Nama yang sesuai untuk sebuah pasar yang mana penjaja di dalamnya
kebanyakannya terdiri dari kaum wanita.

Terdapat sesuatu untuk
semua orang yang berkunjung ke pasar ini dari hasil tanaman segar hingga
kraftangan dan kuih-muih tradisional. Ianya juga menggambarkan budaya dan cara
hidup di Kelantan yang penuh dengan warna, bau dan bunyi yang unik milik
penduduk di situ. Pelawat digalakkan mengambil gambar di sini tetapi sekiranya
anda ingin mengambil gambar potret pastikan anda meminta kebenaran dari empunya
badan terlebih dahulu.
NEGERI SEMBILAN
HOMESTAY KAMPUNG
PELEGONG
Anda berpeluang ke
kampung Melayu tradisional menerusi program Homestay Kampung Pelegong di Negeri
Sembilan. Berkongsi juga keramahan dan kemesraan tuan rumah anda dan menjadi
salah seorang ahli keluarga mereka sambil mengambil bahagian di dalam aktiviti
harian mereka. Mulakan pengalaman tulen hidup di kampung. Kedengaran bunyi ayam
berkokok menyambut hari baru diwaktu subuh, nikmati udara segar yang nyaman dan
bersedialah untuk mengalami saat-saat indah sepanjang lawatan anda di sini.
Kumpul sendiri telur dari reban
ayam, belajar menoreh getah, nikmati air yang sejuk nyaman ketika mandi di
sungai sebelum cuba memancing ikan atau menbuat kuih tradisional.
Pengalaman-pengalaman
yang menanti anda di sini juga akan memberikan anda kefahaman mengenai
asal-usul kampung serta kekayaan sejarahnya. Hargai industri-industri kecil
daya usaha penduduk kampung yang rajin serta kehalusan barangan yang dihasilkan
mereka. Kagumi ketangkasan jari jemari Pak Adul penganyam tikar, juga lelaki
dan wanita yang pakar menghasilkan kraftangan yang cantik-cantik belaka.
Jika anda gemarkan
aktiviti luar, anda pasti suka berjalan mengikuti trek ke hutan hujan tebal
berhampiran serta sungai jernih dan air terjun yang ada di situ. Kemudian
pulang ke perkampungan ini untuk menikmati urutan tradisional, lelaki mahupun
wanita, bagi menghilangkan penat lelah.

Cara terbaik untuk
menggunakan sepenuhnya masa anda di homestay ini ialah dengan mempelajari
beberapa patah perkataan dialek mereka. Kampong Pelegong dihubungi dengan
rangkaian jalanraya yang baik. Kampung ini mudah dikunjungi di mana hanya 15 km
dari bandar Seremban, 30 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,
dan 55 km dari ibunegara, Kuala Lumpur. Dalam program homestay, anda akan
menginap di rumah 'keluarga angkat' anda yang merupakan sebuah rumah kampung
biasa.
JERAM GADING
Landskap indah hutan
hujan tropika, sungai dan air terjun, berlatarbelakangkan gunung dan bukit di
sebelah timur serta pantai berpasir putih di sebelah barat menggambarkan bentuk
mukabumi Negeri Sembilan. Topografi negeri ini agak berbukit kerana
kedudukannya di hujung Banjaran Titiwangsa yang mengunjur dari utara
Semenanjung Malaysia. Beberapa kawasan rekreasi telah dikenalpasti di sini
termasuk yang paling utama - Taman Negara.
Nama tempat ini dipercayai berasal
dari kehadiran sekumpulan gajah di kawasan ini - perkataan 'gading' itu merujuk
kepada gading gajah. Tarikan utama di Jeram Gading ialah air terjunnya yang
mengalir menerusi pokok-pokok dan bongkah batu telah menghasilkan fenomena
indah di kaki air terjun sebelum mengalir ketakungan air yang tenang.
Walaupun kawasan ini
tidak sesuai untuk aktiviti berkayak namun ianya merupakan tempat yang sesuai
untuk berkelah bersama keluarga. Bermandi-manda dengan ahli keluarga anda di
dalam air yang jernih dan sejuk serta nikmati bunyi air sungai yang sungguh
menenangkan. Jeram Gading terletak 23 km dari Kuala Klawang di dalam daerah
Kenaboi. Jika anda memandu kereta ke sini, anda dapat melihat dusun buah-buahan
di kiri-kanan jalan yang dimiliki oleh penduduk kampung berdekatan. Kini
Seremban menjadi sebuah bandar satelit bagi ibukota Kuala Lumpur. Pelbagai
jenis tempat penginapan ditawarkan di sini dari asrama pengembara yang ringkas
hingga hotel mewah bertaraf 5-bintang
No comments:
Post a Comment