Kemajuan
Malaysia dalam Bidang Pentadbiran
Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah
Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia
yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam
taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya
futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali
dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya
mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan
penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan
budaya tempatan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya
akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya,
suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan
Yokohama di Jepun.
Untuk mencapai matlamat ini, Wetland
Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran
permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di
tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa
rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan
penyelidikan.
Lokasinya
yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931
hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan
kemudahan keagamaan.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana
Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada
pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara
mahupun di peringkat antarabangsa.
No comments:
Post a Comment