Kemajuan Malaysia dalam Bidang
Pengangkutan
Pengangkutan di Malaysia mula berkembang
sejak zaman penjajahan British beberapa dekad dahulu. Kini, sistem pengangkutan
negara kita telah berkembang dengan pesat dan sedang menuju ke arah bertaraf
dunia. Secara kesuluruhannya, sistem pengangkutan Malaysia yang telah mencapai
kecemerlangan terdiri daripada pengangkutan jalan dan pengangkutan udara.
Sistem pengangkutan jalan
Sistem pengangkutan jalan di Malaysia boleh
dicabangkan dengan lebih lanjut kepada beberapa kategori, seperti bas, teksi,
dan kereta api seperti LRT, KTM, Monorail.

Pengangkutan
Bas di Malaysia - Lazimnya, terdapat pelbagai syarikat bas di Malaysia. Sebagai
contoh, RapidKL, Metrobus, Len Seng, Transnasional dan sebagainya. Antara
syarikat bas yang terbesar dan terkemuka ialah RapidKL yang mengendalikan 179
perjalanan bas di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Pada tahun 2005,
RapidKL membawa kira-kira 190000 penumpang sehari. Secara tuntasnya,
perkhidmatan bas di Malaysia menawarkan jalan pengangkutan yang mudah didapati
dan murah dengan harga yang berpatutan.

Pengangkutan Teksi di Malaysia -
Pengangkutan teksi merupakan salah satu komponen yang penting dalam sistem
pengangkutan Malaysia. Secara umumnya, teksi-teksi yang terdapat di negara
Malaysia terdiri daripada kereta-kereta yang bermodel Proton Saga BLM 1.6,
Proton Iswara, Proton Wira, Proton Waja
dan Naza Citras, dan berwarna merah dan putih. Teksi-teksi di Malaysia
mengenakan bayaran ke atas penumpangnya dengan
menggunakan meter. Kadarnya bermula daripada RM3.00 dan meningkat RM0.10
setiap 150 meter. Teksi Malaysia boleh didapati dengan mudah dan mereka
memainkan peranan yang tidak boleh digantikan dalam sistem pengangkutan
Malaysia.

Pengangkutan Kereta api di Malaysia -
Secara keseluruhannya, pengangkutan kereta api yang didapati di Malaysia boleh
terdiri daripada LRT (Light Rail Transit) yang boleh dibahagi kepada Kelana
Jaya Line dan Ampang Line, KL Monorail, KLIA Express, KLIA Transit, dan KTM
(Keretapi Tanah Melayu). KTM mempunyai rangkaian terbesar yang menyeluruh di
Peninsular Malaysia yang mempunyai panjang laluan keretapi 1699 km, manakala
perkhidmatan keretapi yang lain tertumpu di Bandaraya Kuala Lumpur sahaja. Kesemua
pengangkutan keretapi tersebut menawarkan perkhidmatan yang murah dan selesa.
Sistem Pengangkutan Udara
Malaysia mempunyai jumlah 58 buah lapangan terbang, 36 di Timur Malaysia
dan 22 di Peninsular Malaysia. Selain itu, Malaysia juga mempunyai 8 buah
lapangan terbang antarabangsa. Antara lapangan terbang antarabangsa yang
ternama ialah KLIA (Kuala Lumpur International Airport/Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur). KLIA merupakan salah satu hab penerbangan yang
terpenting di rantau Asia Tenggara. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor dan
hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Lapangan terbang
ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik
kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki
tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak
24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006.
Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan
metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian
kargo.
Slogan lapangan terbang ini ialah
"Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World
to Malaysia and Malaysia to the World). Lapangan terbang ini berkonsepkan
"lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang".
Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan
suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.KLIA mempunyai satu
Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006
bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang
rendah yang lain.
Sejak perasmian KLIA pada 27 Jun 1998,
lapangan terbang ini telah mendapat pelbagai anugerah daripada
organisasi-organisasi antarabangsa di seluruh dunia seperti Skytrax dan
International Air Transport Association (IATA).
Komitmen yang diberikan KLIA dalam
mempromosikan tanggungjawab menjaga alam sekitar kepada para penumpangnya
menerima pengiktirafan oleh Green Globe. KLIA juga merupakan satu-satunya
lapangan terbang di dunia yang menerima sijil Green Globe 21 pada tahun 2004
dan seterusnya. Dengan usaha yang berterusan untuk menyediakan perkhidmatan
yang terbaik kepada penggunanya, lapangan terbang ini telah diiktiraf sebagai
antara lima lapangan terbang terbaik di dunia.
Selain itu, KLIA juga merupakan lapangan
terbang yang pertama sekali di dunia untuk dianugerahkan sijil Airport Service
Quality (ASQ) Assured daripada Airports Council International (ACI).
Kesemua ini membuktikan rakyat Malaysia
berkebolehan untuk menghasilkan lapangan terbang antarabangsa yang duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju lain.
No comments:
Post a Comment