Wednesday, March 27, 2013

Kemajuan Malaysia Dalam Bidang Bioteknologi


Kemajuan Malaysia dalam Bidang Bioteknologi

download.jpg













      Pada akhir tahun 1970-an, bioteknologi malaysia mulai dikenal sebagai salah satu revolusi teknologi yang sangat menjanjikan pulangan lumayan di abad ke 20 ini.

     Pentingnya bioteknologi malaysia secara strategik dan potensinya untuk menyumbang dalam bidang pertanian, pendidikan, kesihatan, sumber alam dan semulajadi mulai menjadi kenyataan yang semakin berkembang

     Kejayaan bioteknologi malaysia Malaysia KEJAYAAN industri bioteknologi malaysia yang masih muda di Malaysia kini boleh dibanggakan. Ia adalah berkat kesungguhan pakar dan ahli sains tempatan dalam membangunkan bidang bioteknologi malaysia. Sokongan daripada kerajaan yang menyediakan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menyeluruh turut membantu kejayaan itu.

     Kebanyakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang bioteknologi malaysia kini dijalankan di sektor awam.

     Untuk memperkenalkan dan menyelaraskan aktiviti bioteknologi malaysia di sektor awam maka National Biotechnology Directorate (BIOTEK) ditubuhkan.

     Selain menjalankan dua tugas penting itu, BIOTEK turut berusaha mempromosikan penyertaan sektor awam dan swasta serta kesedaran awam terhadap kepentingan bioteknologi malaysia dalam masyarakat dunia.

     Di peringkat nasional terdapat tujuh kategori bioteknologi malaysia yang menjadi tumpuan negara untuk dimajukan.

     Tujuh kategori itu ialah biologi molekul, biologi tumbuhan, biologi haiwan, biologi perubatan, biologi alam sekitar dan industri, biofarmasi dan bioteknologi malaysia makanan.

    BIOTEK turut menubuhkan National Biotechnology and Bioinformatics Network dan ia merupakan rangkaian ICT yang akan mempromosi perkongsian pengetahuan dan maklumat di kalangan komuniti bioteknologi malaysia.

     
      Setakat hari ini, Malaysia berjaya menghasilkan sebanyak 10 produk bioteknologi malaysia dan dua daripadanya kini telah dikomersialkan iaitu produk `biological reagents' dan vaksin denggi.

      Lapan produk bioteknologi malaysia lain yang dihasilkan itu ialah beras transgenic, anti kanser daripada mempisang, kit pengesan penyakit malaria, kit pengesan penyakit denggi, kit pengesan penyakit Japense Excephalitis, orkid wangi, tulips dan agen kawalan nyamuk Bacullis Spheras.

     Kejayaan lain yang turut dicapai Malaysia ialah apabila dapat mempatenkan produk perkembangan bioplastik (development or bioplastic) dan pati Tongkat Ali dan Pegaga (extract of Tongkat Ali and Pegaga).

      Kedua-dua produk yang dipatenkan itu adalah hasil kerjasama penyelidikan di antara Malaysia dan Massachusetts Institute of Technology (MIT).

     Bagi memastikan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P) terpelihara hak ciptanya maka empat produk P&P bioteknologi malaysia yang lain turut dipatenkan.

     Produk-produk itu ialah kit pengesan Brugia Malayi, gen dari virus denggi untuk vaksin, gen dari virus denggi untuk rawatan dan menentukan gen dari adenovirus.

     Selain itu, pencapaian cemerlang Malaysia dalam bidang berkenaan ialah menghasilkan lima proses untuk bioteknologi malaysia.

     Proses-proses itu ialah jus jernih (clarified juice), penyuburan tulip mengikut keperluan (cultivation of tulip under condition), prototaip kit pengesan penyakit pembawa tifoid (phototype kits for diagnosis of Typhoid carrier), perkembangan semburan vaksin untuk Pasteurella (development of spray vaccine for Pasteurella) dan menyuntik bakteria sebagai baja tiruan (bacterial innoculants as biofertiliser).

     Menyedari kepentingan bidang bioteknologi malaysia dalam era ini maka beberapa langkah untuk memantapkan aktiviti bioteknologi malaysia di negara ini dilakukan dari semasa ke semasa. Justeru aktiviti P&P dalam bidang itu dipergiatkan dan setakat ini, sebanyak enam penemuan yang membanggakan berjaya ditemui.

     Enam penemuan itu ialah empat gen berkaitan beras dan orkid dan dua gen berkaitan virus Japanese Encephalitis.


Kemajuan Malaysia Dalam Bidang Pelancongan


Malaysia sering dikunjungi oleh pelancong dari luar negara.Hal ini kerana Malaysia amat terkenal dengan warisan budaya. Malaysia pernah dijajah oleh beberapa kuasa luar, misalnya British dan Belanda. Jajahan kuasa-kuasa asing ini menyebabkan budaya di Malaysia lebih unik. Tempat-tempat dan bangunan tinggalan sejarah banyak menyumbang  kepada sektor pelancongan di negara kita, Malaysia. Antara destinasi yang terkenal di Malaysia ialah Melaka, Pulau Pinang, Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron.


http://www.forblogger.net/wp-content/uploads/2012/10/Budget-Trip-to-Cameron-Highlands-Z478ITYLAOQS_20_detail1.jpgCAMERON HIGHLANDS








https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6tdgM9qQF0jxKepQo4Qfqr-1hGKqarfgcIw-pWjYKPr0WaMW98xv68sh_c81CTrPyfwhxjEIPH0JP5vxFqRDpQo2NV69CtVKh7CkbwjnX17UNAVYxq1-9s8rAW4wMpOWM_jnhUO1qfvRD/s400/3318739872_72233124a7_o.jpgCameron Highlands merupakan antara pusat peranginan terkenal di Malaysia. Ia terletak di negeri Pahang, di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa,yang berada pada 1524 meter dari aras laut. Ia menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan asing kerana cuacanya yang dingin, tempat-tempat yang menarik dan ladang-ladang teh yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 1929. Selain itu, ladang sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan menjadi tarikan utama. Tempat berkhemah dan laluan pendaki juga disediakan bagi pelancong yang gemar mendaki dan berkhemah. Aktiviti tersebut amat sesuai untuk mengisi masa cuti anda.

Iklim sejuk, ladang strawberi dan teh serta bangunan gaya Tudor di stesen peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia pasti menawan hati pelancong. Terdapat pelbagai aktiviti untuk anda nikmati di Tanah Tinggi Cameron, pusat peranginan tanah tinggi yang terbesar di Malaysia.
Bersiar-siar melalui perkampungan yang menarik, melawat taman rama-rama, ladang lebah dan strawberi serta ladang teh yang terhampar luas atau nikmati makanan lazat yang dihidangkan di restoran gaya Tudor - semua aktiviti yang menyeronokkan dan menenangkan tersedia di sini untuk anda.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSha7nDEitg0r5G3AMsKKC_vyfGMIvLPF-CclFtZt94I-iqtlUZlE8A4z7sBqQCKntEa_6rg2WDRtp5JkdWbDtplwf9U2CvAzYgh1D5iiseg2KBaUzyRMuF87v4-FTf8uPPbGoEL1BjQHH/s400/3317849645_92542f700a.jpg










Cuaca nyaman di sini memang tidak dapat ditandingi. Luangkan beberapa hari di sini, jauh dari kehangatan cuaca di tanah rendah dan anda pasti kembali segar untuk percutian anda seterusnya. Salah satu aktiviti popular di Tanah Tinggi Cameron atau Cameron Highlands ialah menikmati hidangan air teh dan biskut 'scone'.
Tradisi asli Inggeris ini bermula di zaman penjajahan British apabila para pegawai Inggeris menggunakan lokasi di tanah tinggi ini sebagai tempat berehat yang jauh dari kehangatan cuaca di tanah rendah. Aktiviti memerhati burung dan menyusuri trek di hutan juga amat popular di kalangan pelawat di sini..
Anda boleh tiba di Tanah Tinggi Cameron kurang dari sejam perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan atau kira-kira 3 1/2 jam perjalanan sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur.

GENTING HIGHLANDS
Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia. Genting Highlands Resort dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong Kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini.
Pada waktu petang, persembahan-persembahan hebat diadakan di Pavilion atau Pentas Pertunjukan Antarabangsa Genting, sama ada pertunjukan silap mata yang mengelirukan atau pun persembahan luncur ais yang hebat. Pelawat juga boleh pergi membeli-belah di First World Plaza, melawat taman tema, dan menikmati pelbagai jenis makanan yang disediakan di restoran-restoran yang terdapat di sini.
Taman tema tertutup dan kompleks membeli-belah First World Plaza menyediakan pelbagai jenis permainan serta enam kawasan bertema yang berasaskan ibukota dan tempat terkenal di seluruh dunia - Perancis (Champs Elysees), England (London), Itali (Venice), Amerika (Times Square dan Universal Walk), Switzerland (Banjaran Swiss) dan Malaysia (Genting Walk).
Snow World pula merupakan sebuah rumah kabin kayu, sebuah igloo, permainan luncur ais dan kawasan permainan yang bersalji. Kawasan Snow World memang sejuk, oleh itu, jangan lupa memakai pakaian yang tebal. Kanak-kanak pasti sukakan Kolam Air Hutan Hujan, walaupun keadaan cuaca di sini agak sejuk, air di dalam kolam ini sentiasa hangat.
http://www.destination360.com/asia/malaysia/images/s/genting-highlands.jpg










Antara tarikan lain yang terdapat di sini termasuk Genting Sky Venture, satu-satunya alat kemudahan yang memberikan pengalaman berpayung terjun yang terdapat di Asia, dan Genting X-pedition Wall, sebuah tembok pendakian bertaraf antarabangsa setinggi 15 meter dengan tebing terjuntai sepanjang 6 meter. Lain-lain tarikan di sini termasuk kemudahan bermain bowling, arked video, pawagam cineplex dan macam-macam permainan lain yang pasti menyeronokkan. Salah satu tarikan utama di sini ialah kasino yang merupakan satu-satunya kasino di Malaysia.
Pelawat disarankan membuat tempahan bilik hotel terlebih dahulu jika ingin bermalam di Genting Highlands kerana ianya adalah sebuah destinasi hujung minggu yang sangat popular. Anda boleh sampai di Genting Highlands di dalam masa lebih-kurang 45 minit sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur menerusi Lebuhraya Karak.
PULAU TIOMAN
Pulau Tioman merupakan destinasi percutian yang paling mempesona di Laut China Selatan, terletak kira-kira 56km dari pantai negeri Pahang. Tersohor sebagai salah sebuah destinasi percutian pulau yang terhebat di dunia, Pulau Tioman pernah menjadi lokasi penggambaran filem muzikal Hollywood, 'South Pacific' pada tahun 1959.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYtU39p8huc6dj5VwlqrESPQ2F8pnO2wtRdR9XDaeQzePIW9so7_GJz8oocQ-s_AI8f1ViGHt4UiB52VSpR6B6qOV7aoRD4snI8a1KRz5uWI2J9clCSqZnvaFlAIFODoG2mUYzvbGO8ywi/s400/map_big.gif











https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9aCKsjYBtZlixPce6AmpBt8PpmfZsCrrPgdCJhLKA37Mwy0fa0zvcPL-9W6yyHXXpkA7btFtycTBkp5un_sfzyuXsV6_bPJeah6lW1iaPykSdxYkV053q0wLQq7NbVjqOc9oUHZzn5uKp/s400/a1.jpgMenurut cerita legenda, pulau ini merupakan tempat tinggal puteri naga dongengan. Perairan yang suam dan jarak penglihatan yang tinggi di bawah laut menjadikan Pulau Tioman destinasi popular di kalangan penyelam. Saksikan pemandangan yang mengagumkan termasuk karang lembut Gorgonian, karang Staghorn, 'nudibranch' dan pelbagai bentuk hidupan laut yang indah. Penyelam berpeluang berenang di sisiikan Napoleon Wrasse yang besar, ikan Golden Striped Trevally, Bumphead Parrotfish dan kumpulan ikan Fusiliers.
Terdapat beberapa buah perkampungan di sepanjang pantai di sekeliling pulau ini, antaranya Kampung Salang, Tekek, Genting, Paya dan Juara. Setiap kampung menawarkan suasana yang berbeza dan unik. Kawasan pedalaman Pulau Tioman yang berhutan juga menjadi tempat tinggal pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan kecil termasuk rama-rama, mengkarung, rusa dan monyet.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUFEbLUpzeHUPYGZK7EB1fti5-QV9N-FQfWOpftWujInWoc4v_41oUz-5pYZxJWpRvdx-7HZqgyWxW81xCrtd-uQdMPoNj3NCtQ5zZIn68oKEGFSc2vsmIbRer1M0zFhq3ybeAjqxADp-E/s400/a3.jpg










Tumbuhan dan haiwan liar yang terdapat di Pulau Tioman juga pernah dipaparkan di dalam dokumentari National Geographic. Formasi batu granit yang membentuk pulau ini menjadikannya lokasi yang hebat untuk aktiviti memanjat batu. Bagi mereka yang lebih berani, boleh mencuba memanjat tebing Gunung Nenek Semukut (juga bergelar Dragon's Horns). Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort menawarkan tempat penginapan yang mewah, berlatarbelakangkan pemandangan bukit-bukau yang beralun.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg10Zszv_1n7Q0I05T85DWFafMeXVHxhASk64421Ogd8M3G4Pmm3_pK843D_MBe9E0HVlk0U-6yBZpmZkDyFHeMaUdcuHjXHqApe5-R_xS_WqcqBRYjOG_YBgfxHeL0qKhOZ1kZeT8Py8UC/s400/beaches_csg010_aitukaki_lagooncook_islands.jpg








Jika anda gemar berjalan kaki, anda perlu mencuba laluan merentas pulau yang bermula dari Kampung Tekek di sebelah barat hingga ke Kampung Juara di sebelah Timur. Perjalanan ini boleh disempurnakan dengan mudah dan menawarkan pemandangan pantai serta hutan di kedua-dua belah Pulau Tioman.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-uJjwoahcSuWk-3Pp1VFlktHW2tH0HbUf9ms5P-rZxBu493j1V7fuMxGKkiQiVV4EjFNVc7Fakrbvvs_xKG-Mvye-n3nBGKLEnGKdvi8XU3R2M9ch1A7Gj9Zso-SonV0yK8VpdQKC7cOp/s400/beaches_csg002_st_croixus_virgin_islands.jpgDari Johor Bahru, gunakan Lebuhraya Tebrau dan pandu menuju ke Mersing menerusi Kota Tinggi. Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Karak menerusi Temerloh, Kuantan, Pekan, Kuala Rompin,Tanjung Gemuk ke Mersing. Anda juga boleh menggunakan Lebuhraya PLUS dari Kuala Lumpur menerusi Seremban, Bahau, Muadzam Shah, Kuala Rompin, Tanjung Gemuk ke Mersing.



MELAKA
TAMAN MINI MALAYSIA
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglmi_MALFOmO5t9B41eCbbFuYjl5WoKhH20_cF-v3ARja7n9nS_pPq0OmSX_Xw43TFswB3pn-BfRiZEiLrrjnbFbkQrOW6XyHOoXxatGmqsxsEL_WEmrZwQYSBo6EZP63m_y-0m5vepb6O/s400/17541498.jpgTaman Mini Malaysia terletak beberapa kilometer di pinggir bandar Melaka berdekatan pekan Ayer Keroh. Sekiranya anda berminat dengan senibina dan cara hidup tradisional, inilah tempat yang paling sesuai untuk anda terokai. Setiap buah rumah di sini mewakilkan salah satu gaya senibina dari 13 buah negeri di Malaysia dan 12 buah rumah ASEAN yang dihiasi dengan pelbagai barangan, hasil seni dan kraftangan yang menggambarkan budaya di setiap negeri tersebut.








Di dalam setiap buah rumah di sini, anda akan dapat melihat pelbagai seni kraftangan tulen yang berasal dari negeri atau daerah berkenaan. Rumah-rumah tradisional yang dibina dengan tiang kayu ini turut mempamerkan patung yang memakai baju Melayu tradisional gaya khusus bagi negeri berkenaan. Lain-lain tarikan di taman ini termasuk pertunjukan kebudayaan dan permainan tradisional yang diadakan pada setiap minggu. Taman ini juga menawarkan kemudahan untuk pakej seminar dan mesyuarat dengan harga yang berpatutan. Selain itu, kemudahan calet dan dormitori dengan kemudahan kolam renang juga disediakan untuk keselesaan pelancong. Aktiviti kerja berpasukan dan bengkel tarian asas juga boleh diadakan di sini.
Secara ringkas, taman ini memberi peluang kepada pelawat untuk melihat kesemua senibina dan warisan Malaysia dalam satu lawatan sahaja. Taman ini juga adalah tempat yang sesuai untuk berehat yang jauh dari kesibukan bandaraya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-Vnsadjhd9WI7uiMK0nZc0EK0PNvfk-eGrbsc8jBsLxFLLKrQ0jhWRaNRfUuGdfvZO6XfMvkcaV1ISAsmpWbu8p-WNZIaueDn5XNF4MZLgNKX1eOVuhDIchGLADDA-1Xjf55XvbkhqAiI/s400/17541578.jpgUntuk menjimatkan wang dan masa, anda disarankan melawat taman ini di dalam perjalanan menuju ke bandaraya Melaka atau sewaktu pulang. Ambil susur keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan di persimpangan Ayer Keroh. Pandu terus hingga anda melihat papan tanda Taman Mini Malaysia & Mini ASEAN.Taman Mini Malaysia & Mini ASEAN ini juga menawarkan kemudahan penginapan calet yang berkonsepkan senibina dari pelbagai negara dengan kadar harga yang berpatutan.

BUKIT ST.PAUL
Pihak Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membina sebuah kubu berhampiran sungai yang dinamakan A'Famosa.
Kubu A'Famosa memainkan peranan yang amat penting bagi pihak Portugis bagi mengekalkan kuasa mereka di Timur Jauh ketika itu kerana Melaka adalah pusat perbalahan antara kuasa-kuasa besar dan sering diancam serangan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSWuYQ-hvsywauzx134yiR_AIakyj9hVefhVtDNZsPJZLBSnszVvuiHiMHtKlWwJmd5SgkO0heCdW4CAKFxZySVEa9JLIAzcNUPoRJs4vfqYV-_su7krRGruKSoD5ASK5lpRTineG2PUNY/s400/71691258_YNUPwDVw.jpgPerkarangan kubu itu pada masa dahulu mengandungi rumah, tempat menyimpan makanan, istana dan tempat mesyuarat bagi Majlis Portugis dan wakil lima buah gereja.
Serangan pihak Belanda yang berterusan selama tujuh bulan lamanya hampir memusnahkan keseluruhan kubu tersebut di mana hanya gerbang pintu masuk dan bangunan gereja di atas bukit sahaja yang tinggal.
Pergilah berjalan-jalan mendaki Bukit St. Paul selepas pukul 3 petang ketika cuaca lebih nyaman dan bersiar-siar di bawah pokok-pokok besar dan melihat peninggalan sejarah yang dapat dilihat hingga hari ini. Dapat anda bayangkan kegemilangan dan penderitaan yang melanda pihak Portugis di sini pada suatu waktu dahulu.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsY0CG9EcV1kTpe9UdG10kXAu9AvwrnIQe6YOCs8PONPGegyLbN9R8zynO2SjSyQuDzEiyqtC_HqAwD-vBMIwKeJVZArcITWqBZd7MTacHJXTZ9xZ1Pb14blAb-oCtXWUaUZqA_61ZLHDP/s400/157673368exEiOk_fs.jpg
Tidak menjadi kesukaran kepada anda untuk datang ke Bukit St. Paul dari tempat penginapan kerana ianya terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Melaka menawarkan pelbagai pilihan tempat penginapan samada asrama pengembara yang ringkas atau hotel mewah bertaraf 5-bintang.



THE STADHUYS
Bangunan Stadhuys yang di bina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan para pegawainya merupakan contoh terbaik gaya senibina Belanda ketika itu. Ianya dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di rantau Timur.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMWDyhAk9M4nvCNaUp-ST7CTmHMVHnwwXwFeufFm3FYI6qE5GWjbV4vLGhyphenhyphenUQir-93bkEUtB5wWphVUeZ_vVUrmLKbqAp1fUOa1jW2ztovpGe8fwLN8v-kx5vvWwGriHQ_k2yKvrIo-ncD/s400/sss.bmpBangunan yang menggambarkan contoh terbaik senibina Belanda di zaman itu kini mengandungi Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi. Terdapat pameran pakaian pengantin tradisional serta bahan peninggalan sejarah Melaka 400 tahun yang lalu. Kedua-dua muzium ini diatur dengan baik dan memaparkan penerangan terperinci mengenai cara bagaimana pakaian-pakaian dan bahan-bahan peninggalan ini memainkan peranan di zaman dahulu.

Di dataran berhadapan dengan bangunan Stadhuys seringkali kelihatan penarik-penarik beca tua yang peramah yang sedang menunggu pelanggan dengan beca mereka yang dihias cantik. Anda berpeluang mengambil gambar bersama-sama beca mereka dengan sedikit bayaran. Stadhuys ditutup setiap hari Isnin. Stadhuys terletak di tengah-tengah bandar lama Melaka. Jika anda berada di Jalan Kota, anda tentu terjumpa bangunan besar yang berwarna merah ini.Melaka menawarkan pilihan berbagai-bagai jenis tempat penginapan dari asrama pengembara yang ringkas hingga hotel mewah bertaraf 5-bintang.



JOHOR
PULAU RAWA
Pulau Rawa yang terletak 16 km dari pantai Mersing terkenal dengan pasirnya yang putih bersih, pepohon kelapa yang tinggi melampai dan terumbu karang yang penuh dengan ikan beraneka warna serta hidupan laut yang lain. Pulau yang aman hanya mempunyai dua pilihan tempat tinggal. Calet kayu yang terselindung di antara pepohon kelapa mengekalkan suasana semulajadi di sini dan menyerlahkan lagi jolokan pulau ini sebagai destinasi percutian yang aman dan mempesona.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhucTsjaTsaZ93EbALe0q0TG4xZV5KzUTuv1V-ihb7S5naAIgJBTBvykdiDFHeGBCfGcegw_FuNEXfV_ILw6z4qbMdA09yd7fMDJrScpV975jzppH7_RwxAh9nZpVvvfVEaL-8Ty3Txy01F/s400/7503806.jpgLautan di sini berubah menjadi bergelombang dan suram ketika musim hujan di pantai timur (November - Mac). Oleh itu, anda disarankan merancang percutian anda ke sini di luar musim hujan. Dari pusat bandar Johor Bahru, gunakan jalan raya Johor Bahru - Kota Tinggi dan sambung perjalanan menerusi jalan raya Kota Tinggi - Mersing (Lebuhraya 3). Dari Lebuhraya Utara-Selatan, ambil jalan susur keluar Ayer Hitam (Persimpangan 244) dan teruskan perjalanan menuju Kluang, seterusnya ikut jalan raya Kluang - Jemaluang (Lebuhraya 50). Selepas pekan Jemaluang, masuk ke jalan raya Kota Tinggi - Mersing, menghala ke Mersing. Perhatikan papan-papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti Mersing.
Rawa Safaris' mempunyai 63 buah calet dan banglo serta sebuah restoran dan pub. Le Club Rawa mempunyai pantai persendirian dan beberapa buah calet yang terlindung di pinggir hutan berhadapan laut yang membiru.

TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI
Tanjung Piai merupakan kawasan semulajadi yang dilindungi di mana bumi, laut, tumbuhan dan haiwan wujud dalam harmoni, tanpa gangguan manusia. Taman ini menjadi tempat kediaman pelbagai jenis spesis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam. Terletak 90 km ke selatan pusat bandar Johor Bahru, Tanjung Piai juga merupakan Taman Negara yang membolehkan para pelawat memerhati hidupan liar di paya bakau di dalam habitat semula jadinya.
Bayaran masuk adalah RM3.00 bagi warga Malaysia dan RM5.00 bagi pelancong asing. Bayaran masuk boleh dibayar di kompleks pelawat Tanjung Piai. Laluan-laluan khas telah dibina melalui

hutan paya bakau ini agar pelawat boleh menikmati pemandangan paya bakau dengan selesa. Taman yang aman tenteram ini juga telah menjadi salah sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun yang lalu. Taman ini terletak di hujung benua Asia yang paling ke selatan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgr-agXvv0GbGs3jOs0pdIwAeG9sAPsmQl7AGGRLjqk9KmcpfUT0Igtd_OqhLnU0Ijfgi7QDQBsjmjfMo5di1ATWHKVEk7K3GGPfvx2wZ1nQv5LEuyZxyMLuMg_ANbaBg6H_jmCTBXW_NVO/s400/insidepix1.jpg
Dari Kuala Lumpur, masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) menuju selatan ke Machap. Ambil susur keluar Simpang Renggam (Persimpangan 247) ke lebuhraya yang menghala ke Tanjung Piai menerusi Benut-Pontian-Kukup (Lebuhraya 96, Lebuhraya 5, Lebuhraya 95). Sampai sahaja di Kukup, ikut arahan papan tanda yang menunjukkan jalan ke Tanjung Piai.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvqScoq60reZGh1xEDA1B7qHA4FPlH76hr1I7c252uUvMA3OO-25h-H8sI6Ma3hpkFobstLI7eKcLXpS-gGBwjfxnn-y8sYCpIaJiDgyOCMv4UJ9qTEWRTjC-ZBOeyarZO7WAY6N9Kp05S/s400/johor_tanjung_piai.jpg
Taman ini telah mejadi sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun lalu. Tetapi, jika anda tidak gemar berkhemah, anda boleh melawat Tanjung Piai tanpa perlu bermalam di sini. Anda boleh memilih untuk bermalam di salah sebuah hotel atau tempat penginapan lain yang lebih selesa di bandar Johor Bahru.








GUNUNG LEDANG
Diselubungi legenda misteri dan cerita dongeng, Gunung Ledang terus menarik minat penduduk tempatan dan para pelancong. Menurut legenda Puteri Gunung Ledang, Sultan Melaka ketika itu berkenan untuk mengahwini Puteri tersebut tetapi oleh kerana Puteri tidak mahu berkahwin dengan Sultan, dia telah meminta Sultan menyediakan hantaran yang sukar disediakan iaitu tujuh balang airmata dara, tujuh dulang hati nyamuk, dan tujuh mangkuk darah anak Sultan itu sendiri.
Apabila Sultan tidak dapat menyediakan hantaran tersebut, Puteri tersebut melarikan diri ke Gunung Ledang. Ada yang mempercayai Puteri tersebut masih hidup hingga ke hari ini dan tinggal di sebuah gua di gunung ini. Gunung Ledang amat sesuai sebagai destinasi aktiviti luar dengan jejak hutan yang mencabar, air terjun yang jernih dan nyaman, serta tumbuhan dan haiwan yang eksotik termasuk pelbagai spesis unggas yang menarik.
Dari kawasan puncak gunung yang terletak di ketinggian 1,276 m dari paras laut dan mempunyai permukaan yang agak mendatar, pelancong boleh menikmati pemandangan Selat Melaka hingga ke pantai Sumatera sekiranya cuaca cerah. Air Terjun Sagil yang terletak di kaki gunung ini juga merupakan tempat berkelah yang popular.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEht5m-Vtj9hh8C5fEL0XAgPrdtuB4rNFXY2txG7Pdaf8TMdoTSPZ2x_trhKiYcZX7K00ornvVJEpJswt6kkIIrqgTmecL9vtqy5_if_HhGUrNQz4oTPY8Uv6FvhDRrepJ4PddOYNUU0UWKr/s400/285px-Gunung_Ledang_waterfall.jpgDi sini terdapat sebatang laluan hutan dan jalan tidak berturap yang menghala ke puncak gunung. Jika anda mendaki ke puncak, anda akan menemui air terjun yang segar tetapi anda disarankan mengatur supaya ada orang lain menanti anda di puncak. Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar terletak 25 km selepas Air Keroh. Hala menuju ke Tangkak. Terus memandu sepanjang Jalanraya 23 sejauh 6 km lagi, melewati pekan Sagil, sebelum belok ke kanan memasuki jalan ladang kelapa sawit dan terus memandu sejauh 1 km lagi. Dari sini, jalan untuk sampai ke kaki Gunung Ledang atau Mount Ophir, boleh kelihatan.

Terdapat sebuah resort yang menarik di kaki Gunung Ledang, begitu juga tempat penginapan yang murah di pekan Tangkak yang tidak jauh dari sini. Anda juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan yang terdapat di sini.





KEDAH
PULAU LANGKAWI
Langkawi merupakan salah satu daerah dalam negeri Kedah Darul Aman . Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987 . Kini , pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai satu daripada destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia . Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar .
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdbHk97T6GkSmINZI4z5fCqDymTcCcjkRAh5Uwin8raKZXunBuCzd5o8pVHI_Tm6Ugk1nNnlSdhbyOtBFuDb0t_scZS5l9m27XxRU3Fqag2blI4TyEmmo4_Vn9rwuBKGNfmzBnghgGqWWb/s400/langkawi_island.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYjF7r7d8pxZzXMtEpcxbvlwOmeGB2vIeNsdAuWr8e5O8mmOnIvNBboKlXlxP3vJHzSuqt11WNMaIrVWf1_cJyVP-iAnJBROPsRs2MDfH-fuFjLAsYEL2HogWRHs5li4FMLkKVu0KzQRNo/s400/langkawi-map.jpgNama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi" diambil daripada perkataan Bahasa Melayu iaitu helang . Pada suatu masa dahulu , ia menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi . Kawi bererti merah hati , ini kerana helang mempunyai bulu merah dan berkepala putih . Kawi juga bererti tulisan Kawi , tulisan yang digunakan oleh tradisi hindu jawa .



"Kawi" dalam bahasa sanskrit ialah guli , yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia . Apabila kedua-dua perkataan digabungkan , ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudiannya menjadi "Langkawi" .
Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dengan Thailand . Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao . Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Kuah .
Langkawi adalah gugusan 99 buah pulau yang terletak di luar pesisiran pantai Kedah. Ia sebuah pulau legenda yang penuh misteri, selain pusat pelancongan bertaraf antarabangsa dunia. Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir. Anda boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir. Jika anda seorang yang gemar cabaran yang lasak, anda boleh juga menjelajah kawasan hutan di Langkawi, menaiki bot mengelilingi kawasan paya bakau, menyelam, atau bermain golf di pusat peranginan bertaraf lima bintang di pulau ini.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgU1lgiFCFbNj5Q7n4X4SYtFw13-uhwy_Sgo_49FUI8ADldGCuNAIiBCxO52Ol9hVI0JKRtwZWLK64OZjTNOn14RFoGLHxd4n9MtRhKNVeeWTkeB1VhZattCLWF05gBuMwsnjmV92fbty27/s400/langkawi-island.jpg








Perkhidmatan feri bertolak dari pelabuhan Kuala Kedah setiap satu jam mulai pukul 7.00 pagi hingga pukul 6.00 petang. Perjalanan ini memakan masa 1 1/2 jam. Terdapat juga perkhidmatan feri dari pelabuhan Kuala Perlis dan pelabuhan Satun di Thailand. Kedua-dua perjalanan feri ini memakan masa hanya 45 minit ke Langkawi manakala Kedua-dua syarikat penerbangan, MAS dan Air Asia menyediakan penerbangan terus dua kali sehari dari Kuala Lumpur ke Langkawi yang mendarat di Lapangan Terbang Langkawi.

PULAU PAYAR
Taburan pulau-pulau kecil yang membentuk Pulau Payar terletak hanya 30 km ke tenggara Pulau Langkawi. Taman Laut terhebat di pantai barat Semenanjung ini boleh dikunjungi dengan bot dalam tempoh satu jam sahaja menjadikannya destinasi yang sesuai untuk lawatan sehari.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuDRHgnf9Yrm9j7S7f0vmVP4AmneobAJ3c68QmZsz05uPVX1W2OmazHAsoM8K8FP6_Ce_5VYUhwC7tSlnEoIh0uypyJe5Cuzyl8UVuNtnH_pERjnuBduWD8XtCU1vntBNi3tfRro0GVnhV/s400/langkawi.gifTaman Laut terlindung yang tidak diduduki manusia ini merangkumi beberapa buah pulau termasuk pulau yang terbesar - Pulau Payar. Tapak lawatan anda di sini merupakan sebuah platform yang didirikan tidak jauh dari Pulau Payar. Tetapi tarikan sebenar terselindung di dalam perairan sekelilingnya. Masuk ke dalam ruang pemerhatian bawah laut yang terdapat di sini untuk melihat keindahan hidupan laut di sekitar kawasan terumbu karang. Ingin melihat ikan-ikan yang menjadikan terumbu karang ini tempat tinggal mereka dengan lebih dekat lagi? Kenakan kelengkapan snorkel dan terjun ke laut untuk melihat sendiri.
Anda gemar menyelam? Tapak selaman terhebat terletak di sepanjang jalinan terumbu karang yang memagari bahagian selatan, timur dan barat Pulau Payar. Pastikan anda tanya pengendali selaman anda mengenai jarak penglihatan yang dijangka ketika selaman anda. Jarak ini berubah dari masa ke semasa.
Pulau Payar tidak mempunyai sebarang kemudahan penginapan memandangkan ianya sebuah kawasan semulajadi yang dilindungi, tetapi ini tidak menjadi masalah kerana Pulau Langkawi terletak tidak jauh dari sini dan menawarkan pelbagai pilihan tempat tinggal dan restoran.

TREE TOP WALK SUNGAI SEDIM
Tree Top Walk sepanjang 950 meter di Taman Rekreasi Sungai Sedim ini merupakan titian terpanjang di dunia. Pelancong dari dalam dan luar negara datang ke destinasi semulajadi yang sunyi dari hiruk pikuk kota untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang titian kanopi ini. Pelancong berpeluang melihat pemandangan hutan hujan yang tua ini dari perspektif yang amat berlainan ketika menyusuri Tree Top Walk ini. Pelancong boleh melihat pemandangan sungai yang mengalir deras dan jenis-jenis tumbuhan dan hidupan liar yang sungguh menawan - kesemuanya dari ketinggian 50 m dari tanah.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDfl8ISF9h7xw_eJtWJ2gocJu9auXVuPTr9Bj8LuXh_O8LwvJe7SuS0QeDChUmgc7FwHMRD96JfslVAAflVmtoni6vDGoRv4vnsugdw72ri7DD-l8hFEy4JqZSijrnn4xb1EuCP9NNdnxj/s400/03768237-0568-4491-82BD-D0176C994054.jpg








Pakai kasut yang selesa untuk berjalan jauh dan bawa air minuman yang banyak serta sedikit makanan ringan kerana anda perlu merentas hutan menerusi sebatang jalan untuk sampai ke Tree Top Walk ini. Tambahan lagi, sebaik sahaja anda menaiki titian ini, tiada tempat untuk anda membeli minuman.
Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan ambil susur keluar di Seberang Jaya, menuju ke Lebuhraya Butterworth-Kulim (NKE) dan pandu terus menuju ke Mahang.


PERAK
KUALA SEPETANG
Hutan Paya Bakau Matang merupakan eko-sistem hutan paya bakau yang paling besar di Semenanjung Malaysia. Hutan ini meliputi kawasan sepanjang 50 km bahagian pantai barat di utara negeri Perak dan 40 km lagi di sepanjang pinggiran sistem sungai-sungai di dalam lima kawasan muara yang terlindung.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEef93YX5euU4ZYMqU-1DQMeWDjzu599QgNqRgy5pyGqjjjo_6Xg7WLtvuFQG6l4W6aJEL9Zumjw9DVRAdLxPFlrWI0R4T3EHgAK4zxa9IuJlDG3PqRABim9PwQDNGbW4HQ6ib7J-gKjll/s400/10.jpgSewaktu musim penghijrahan burung antara bulan Ogos dan April setiap tahun, terdapat lebih dari 200,000 ekor burung dari kira-kira 50 spesis dijangka singgah di sini. Pusat maklumat pelawat yang lengkap disediakan di sini bagi membolehkan pelawat memahami kepentingan memelihara dan menjaga ekosistem hutan paya bakau dan burung-burung yang tinggal atau pun yang singgah di sini menerusi program pembelajaran dan bahan pameran yang disediakan.
Taman Perlindungan Burung Kuala Gula pernah memenangi anugerah 'Tarikan Pelancong Terbaik (Tarikan Semulajadi) sewaktu majlis Anugerah Pelancongan Malaysia - sebuah majlis gemilang yang menyampaikan anugerah-anugerah kepada agensi dan pertubuhan yang menyumbang kepada pembangunan pelancongan di Malaysia. Masa terbaik untuk memerhati burung di sini ialah dari bulan September hingga Mac.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhM10m1CZnZEU-eiSDExXk5VwrE1WLGMg-blizyutnWi6JL3Xfp6f8LffXiUw8O57wIiwKjIn7tc8-3LBL90cxwksR-JQOd8RbFi_H5Ed1EHA_xgpS7rdxwxyswavnXCAfp8p-6U6aE-4o-/s400/1.jpgWalaupun kawasan perlindungan burung in terletak di Negeri Perak, sebenarnya ia lebih mudah dikunjungi dari Butterworth (di Pulau Pinang). Pandu di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan menuju selatan dari Butterworth (di Pulau Pinang) selama kira-kira 30 minit, kemudian susur keluar di Jawi menghala ke pekan Kuala Kurau. Pandu terus selama 30 minit lagi dan anda akan jumpa papan-papan tanda yang menunjukkan arah ke Kuala Gula.



PULAU PANGKOR
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaA8Am17wOtAEZUIJGM65GjUcMLzacKuFkqp1pON4eJbseHYWB7bJv8m6F8f3tRCC7UhXl09HuFVkYx8uCcKiOFhXsrA37B3H4gqXdhxQTvHD3CkSwl1-ywwnEMihecOkmd9y4W1htM4LM/s400/pangkor_map02.gif












Pulau Pangkor terletak di negeri Perak , di perairan Selat Melaka . Luasnya cuma 22oo hektar dan penduduknya berjumlah 25ooo orang . Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia . Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut. Terdapat perkhidmatan bas ekspres KL-Lumut-KL sepanjang hari. Dari Lumut anda akan menaiki feri ke Jeti Pangkor.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZdz5anDp8Zm3Jb7MCzrx-Udyffv1MInYQwYj63dLItGIgM1BE0g6R9YsJ1ADwM3ZjOgl6UQIQ3hNQ1O7EY0ojb6umR680Byu5v6UkLJbAf3IiTiryNNu9kV22OFRzk82xsjXOcXT0LpB8/s400/Memancing-di-Teluk-Ketapang-Pulau-Pangkor.jpg









Jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor, anda akan berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana hasil laut diproses dan anda boleh membeli barang-barang tersebut dengan harga yang istimewa. Terdapat pelbagai jenis penginapan disediakan di dua pantai perkelahan utama Pulau Pangkor iaitu Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Pasir Bogak menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet manakala Teluk Nipah menawarkan beratus-ratus chalet yang bercirikan seni bina Melayu eksotik. Pakej-pakej yang ditawarkan termasuk pakej percutian (individu, pasangan, keluarga & kumpulan).
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdKqQaqsRXfeFCxnWoi5xGPcr1ugV-9flc8u0DIDGUenciq5lGIE-QhoZlArAFvNvAuUrBU0vfmCvO7_nMm5LGI_RtmAxuvtQdYIfxKqhMKFkQ8Cfgd8NxCe8oqlX4liI50-iz_luyn3Hn/s400/1552570-Pangkor_Laut-Pulau_Pangkor.jpg
Terdapat pelbagai kemudahan di pulau ini supaya percutian anda tidak terganggu. Seperti bank-bank, pejabat pos, hospital, restaurant makanan laut, internet & banyak lagi kemudahan-kemudahan yang lain. Untuk memudahkan anda bergerak kemana-mana anda boleh menaiki teksi (van merah jambu) atau menyewa kereta & motosikal. Pantai Pasir Bogak, Pangkor Island / Pulau Pangkor menyediakan penginapan hotel dan apartmen yang lengkap dengan kemudahan seperti restoran, dan kolam renang. Pantai ini merupakan pantai perkelahan yang amat popular di kalangan para pelancong dalam negeri. Pantainya panjang dan dilindungi pepohon rendang, amat sesuai melakukan aktiviti sukan pantai atau hanya untuk bersantai dan mandi laut.












KELANTAN
PANTAI BISIKAN BAYU
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxVY77b1sjbakUJY1BdIAuWTR6Stdqe6Bi67dFFqGa76xFsRd91sVYC_esCuuxZjeWrnovIVVx1_7TUL-1v2TZzqhBpxpAZ4enBolRyJEo1-CSrICI1ui0T_Hurjt3PqPppN1udBYnKmRl/s400/Pantai_Bisikan_Bayu.JPGPantai Bisikan Bayu - yang juga dikenali dengan nama Pantai Dalam Rhu - terletak hanya 50 km ke selatan ibunegeri Kelantan, iaitu Kota Bharu. Angin lembut bertiup di sepanjang pantai yang dipenuhi deretan pepohon Rhu di Kampung Semarak menyebabkan pepohon ini bergerisik seolah-olah bisikan yang menenteramkan.








Aktiviti meluncur papan air sesuai dijalankan pada masa-masa tertentu dan peluncur papan air boleh menemui keadaan laut dan cuaca yang sesuai sewaktu musim hujan di sini dari bulan November hingga April. Tetapi tiada apa yang lebih menenangkan dari bersantai di tepi pantai di bawah bayang pepohon Rhu yang bergerisik menikmati pemandangan laut dan air kelapa muda yang segar. Nyaman sungguh.
Pantai yang indah ini sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong di sepanjang tahun, tetapi anda perlu berhati-hati sewaktu musim hujan kerana arus laut semakin bergelora dan ombak semakin tinggi pada waktu ini. Pandu sejauh 50 km di sepanjang lebuhraya negeri di selatan Kota Bahru hingga anda tiba ke pekan Pasir Putih yang mendapat namanya dari warna pasir yang putih di sini. Pantai Bisikan Bayu terletak tidak jauh dari pekan ini.







PASAR BESAR SITI KHADIJAHhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3qDvn2smjJYNEIUR8rjodaYcKoLR9BiyPzWXXGGprG-fRkiwTs937JrKCbg6gKhEaxEBLMz0ITU9q3N6UoDxJgWBanStkkeeC3IsZ4QZw9C18PeXDZr2kNfBABSsFcpklwF53udGkz4DN/s400/Pasar-Besar-Siti-Khadijah-Kota-Bahru.jpg









Cara bijak untuk meneliti kehidupan di sebuah bandar di Malaysia ialah dengan melawat pasar tempatannya yang menjadi nadi kehidupan setiap bandar. Pasar Siti Khadijah dinamakan sempena isteri pertama Nabi Muhammad yang merupakan seorang ahli perniagaan. Nama yang sesuai untuk sebuah pasar yang mana penjaja di dalamnya kebanyakannya terdiri dari kaum wanita.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCw2Eih9r07AZ4SjSL0WGW-t-Xo_a2UCr91KK9jkeXjW2vYY0fcYwpkvjzxxZJqnP-bGJapwVVmzp6nLvnE1-zilRLshsm7ulslPWY22kUkmiTB_M8bGKpmKAfZbDfLoUatUB7Sb6koZhe/s400/431046115jDeTqG_fs.jpg









Terdapat sesuatu untuk semua orang yang berkunjung ke pasar ini dari hasil tanaman segar hingga kraftangan dan kuih-muih tradisional. Ianya juga menggambarkan budaya dan cara hidup di Kelantan yang penuh dengan warna, bau dan bunyi yang unik milik penduduk di situ. Pelawat digalakkan mengambil gambar di sini tetapi sekiranya anda ingin mengambil gambar potret pastikan anda meminta kebenaran dari empunya badan terlebih dahulu.

NEGERI SEMBILAN
HOMESTAY KAMPUNG PELEGONG
Anda berpeluang ke kampung Melayu tradisional menerusi program Homestay Kampung Pelegong di Negeri Sembilan. Berkongsi juga keramahan dan kemesraan tuan rumah anda dan menjadi salah seorang ahli keluarga mereka sambil mengambil bahagian di dalam aktiviti harian mereka. Mulakan pengalaman tulen hidup di kampung. Kedengaran bunyi ayam berkokok menyambut hari baru diwaktu subuh, nikmati udara segar yang nyaman dan bersedialah untuk mengalami saat-saat indah sepanjang lawatan anda di sini.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4z8JBvuLrsGZOho-zZ4dx9jPZSJ4HfrFDgPaBVMXJEW7tf-7ys1LyxIMCUE78lt2CiqDJp33KaKMXPFTh7KGh8Af8ppE4zST_Zin4yid_hx6piQtX3pl4TEkwKaWSEG-lV2wPNdueigFm/s400/untitled.bmpKumpul sendiri telur dari reban ayam, belajar menoreh getah, nikmati air yang sejuk nyaman ketika mandi di sungai sebelum cuba memancing ikan atau menbuat kuih tradisional.
Pengalaman-pengalaman yang menanti anda di sini juga akan memberikan anda kefahaman mengenai asal-usul kampung serta kekayaan sejarahnya. Hargai industri-industri kecil daya usaha penduduk kampung yang rajin serta kehalusan barangan yang dihasilkan mereka. Kagumi ketangkasan jari jemari Pak Adul penganyam tikar, juga lelaki dan wanita yang pakar menghasilkan kraftangan yang cantik-cantik belaka.
Jika anda gemarkan aktiviti luar, anda pasti suka berjalan mengikuti trek ke hutan hujan tebal berhampiran serta sungai jernih dan air terjun yang ada di situ. Kemudian pulang ke perkampungan ini untuk menikmati urutan tradisional, lelaki mahupun wanita, bagi menghilangkan penat lelah.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoM4jOlB4-gm16eMcHxTn9pJJY0Wp27-7lvNvcM_A8fh6OnQvfBUDLdDC8NxFosQNq0pIJ_YbPa9jUgDJiAlWNZpwffpwh8EWKf_YqqN6xshmWWL1Ongh_tYxPCCmIhyphenhyphenLiBH-2etyU1Qeo/s400/sendbinary.jpg





Cara terbaik untuk menggunakan sepenuhnya masa anda di homestay ini ialah dengan mempelajari beberapa patah perkataan dialek mereka. Kampong Pelegong dihubungi dengan rangkaian jalanraya yang baik. Kampung ini mudah dikunjungi di mana hanya 15 km dari bandar Seremban, 30 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, dan 55 km dari ibunegara, Kuala Lumpur. Dalam program homestay, anda akan menginap di rumah 'keluarga angkat' anda yang merupakan sebuah rumah kampung biasa.

JERAM GADING
Landskap indah hutan hujan tropika, sungai dan air terjun, berlatarbelakangkan gunung dan bukit di sebelah timur serta pantai berpasir putih di sebelah barat menggambarkan bentuk mukabumi Negeri Sembilan. Topografi negeri ini agak berbukit kerana kedudukannya di hujung Banjaran Titiwangsa yang mengunjur dari utara Semenanjung Malaysia. Beberapa kawasan rekreasi telah dikenalpasti di sini termasuk yang paling utama - Taman Negara.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixEhL1XmWKWyRw3Qg_n6bBPdppp5x02qXM5kucjVXZmmN-hCB5awaum_XpDlCo5DpwYNBrvxxUKKArETyOcR_uIokZ6MsWQKDcIYUvuLrw4zk2f7nQmI2bzORfXhUmvXsxQltYmeL_FL57/s400/gading2.jpgNama tempat ini dipercayai berasal dari kehadiran sekumpulan gajah di kawasan ini - perkataan 'gading' itu merujuk kepada gading gajah. Tarikan utama di Jeram Gading ialah air terjunnya yang mengalir menerusi pokok-pokok dan bongkah batu telah menghasilkan fenomena indah di kaki air terjun sebelum mengalir ketakungan air yang tenang.
Walaupun kawasan ini tidak sesuai untuk aktiviti berkayak namun ianya merupakan tempat yang sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Bermandi-manda dengan ahli keluarga anda di dalam air yang jernih dan sejuk serta nikmati bunyi air sungai yang sungguh menenangkan. Jeram Gading terletak 23 km dari Kuala Klawang di dalam daerah Kenaboi. Jika anda memandu kereta ke sini, anda dapat melihat dusun buah-buahan di kiri-kanan jalan yang dimiliki oleh penduduk kampung berdekatan. Kini Seremban menjadi sebuah bandar satelit bagi ibukota Kuala Lumpur. Pelbagai jenis tempat penginapan ditawarkan di sini dari asrama pengembara yang ringkas hingga hotel mewah bertaraf 5-bintang